Tentang Kami

Projek Payung Impian merupakan inisiatif untuk membantu pihak sekolah yang mengalami masalah kekurangan bilik darjah khusus buat murid pendidikan khas.

Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM175,000 bagi membina bilik darjah kepada murid istimewa di sekitar daerah Hulu Langat khususnya di SK Cheras Jaya dengan kolaborasi bersama Koperasi UPNM (KUPENA).

Projek Payung Impian bertujuan untuk memastikan keselesaan pembelajaran dengan membina bilik darjah yang sesuai dan kondusif.

Masalah

Sebanyak 35 buah sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi yang terdiri daripada 23 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah menengah di sekitar daerah Hulu Langat.

SK Cheras Jaya menghadapi masalah kekurangan bilik darjah yang tidak kondusif dan sesuai untuk pembelajaran murid Program Pendidikan Khas Integrasi.

Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat fokus di dalam kelas dan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran mereka.

Cadangan Solusi

Sasaran crowdfunding sebanyak RM175,000 untuk membina kelas bagi murid pendidikan khas di sekitar daerah Hulu Langat yang lebih memfokuskan pada SK Cheras Jaya.

Perancangan Garis Masa

Kutipan Dana

05 Ogos 2024 - 08 Disember 2024

Kerjasama dengan Stakeholders

12 Ogos 2024 - 08 Disember 2024

Projek Pembinaan Bermula

09 Disember 2024 - 02 Mac 2025

Perasmian dan Laporan Projek

03 Mac 2025 - 16 Mac 2025

Bajet Projek

Progress Kutipan DanaRM 12,327.00 / RM 175,000.00
7.0%
Terkumpul: RM 12,327.00Baki: RM 162,673.00

Kos Pengurusan

RM 5,000.00

Latihan dan Kebajikan

RM 1,500.00

Kos Digital

RM 7,000.00

Rekaan Arkitek

RM 1,500.00

Kos Pembinaan

RM 160,000.00

Jumlah Bajet

RM 175,000.00

Pelan Pembangunan

Pelan Lantai

Pelan Lantai

Pelan Bumbung

Pelan Bumbung

Pandangan Sisi

Pandangan Sisi

Pandangan Hadapan

Pandangan Hadapan

Kejayaan Kami

Misi Banjir

Memberi bantuan pasca banjir kepada penduduk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Projek Tangki Air Kita

Meraih sebanyak RM16,000.00 dan membekalkan 3 tong air di dua buah kampung di Sabah.

Projek Gerobok Rezeki

Menguruskan dan mengagihkan barangan gerobok rezeki kepada 3,600 orang pelajar dan staf.

Global Summer Volunteer Campaign

Misi Sukeralawan di Vietnam (YSS).

Volunteer Leadership Development Programme

Mewakili Universiti Pendidikan Nasional Malaysia (UPNM) di VLDP anjuran YSS.

Mencapai 900 Sukeralawan

Berjaya mengurus 900 sukeralawan dalam pelbagai aktiviti.

Hubungi Kami

Haneesya Mohd Noh

Pengarah Projek Payung Impian

Telefon: +60 12 521 6466

Emel: payungimpian@gmail.com

Razi Ramli

Timbalan Pengarah Projek Payung Impian

Telefon: +60 17 506 1040

Emel: payungimpian@gmail.com